Thursday, February 13, 2014

Rutin



Assalamualaikum dan hai ~

Umum mengetahui yang aku tengah menghabiskan sisa sisa cuti menunggu result spm. So jadiknya rutin hidup aku tiap tiap hari sama je melainkan kalau aku ikut parents pegi buat medical checkup di hospital. Bukan nak merungut tapi as a person yang hidupnya dulu selalu bergerak kesana kemari masa masih belajar,aku rasa boring dengan rutin aku sekarang. Cuba kau bayangkan daripada bulan Disember lepas aku cuma duduk rumah. Ok tipulah kalau aku kata everyday aku duduk rumah tak keluar pergi memana. Ya ada. Aku pergi kelas belajar memandu. Tapi tu kategori lain (bagi aku). Entah. Aku just tak suka bila aku ada kat tempat yang aku tak biasa dan as you may know,aku ni bukanlah jenis yang senang nak buat kawan. Dahlah pemalu. Kena orang tegur dulu baru aku nak bercakap. 

Rutin hidup aku sejak habis spm dan memulakan perjuangan menanam anggur belakang rumah ni tiap pagi mesti aku bangun dalam pukul lapan ke sembilan pagi. Kalau nasib aku cukup baik,awal seawal pagi pun aku dah bangun mamai mamai. Kalau lagi nasib aku baik,aku bangun pukul tiga pagi sebab sakit perut. Tapi lepas tu tertidur balik bila menghampiri pukul lima. 

Bila gua dah betul betul bangun tu,baru aku keluar bilik.Kalau setan pemalas ada,aku check twitter dulu atas katil. Dapat twit sepam dua,RT sepam dua,baru aku bangun. Tapi kalau setan pemalas bawak geng dia,aku lepas aku check twitter,aku bukak youtube pulak. (Bagi aku) youtube ni lah punya segala kemalasan aku. Kalau boleh gua nak seharian duduk,surf youtube je.

Ok. Dah puas setan setan pemalas tu duduk dengan aku,diorang blah. Dan aku pun keluar bilik. Keluar bilik tu,first thing aku buat mesti pergi ke toilet ataupun ke dapur. Kalau ke toilet tu,gua tak mandi dulu tapi,tahu tahulah apa gua buat takkan tu pun gua nak bagi tahu. Kat dapur biasanya aku minum air tapi kalau dah ada breakfast,bedal lah sekali kan. Biasanya breakfast memang mak buat awal sebab abang aku pergi kerja bawak bekal dia sendiri. TAPI TAPI lunch aku masak dengan mak aku. Jangan korang kata aku ni brat spoilt bangun pagi dah ada orang served breakfast. Tapi terpulang ah kat korang kalau nak cakap cemtu kan. Lepas breakfast,sama ada aku join mak baca paper ataupun aku tengok tv. Tapi biasanya aku tengok tv. Tu pun kenkadang,kalau tak tengok tv,aku layan youtube dan twitter. Youtube twitter lagi !

Tengah hari,aku biasanya masak dengan mak aku. Start masak pukul 12pm habis masak pukul 1pm. Lepas masak kitorang rest,mandi sembahyang apa semua,baru lepak kat ruang tamu tengok tv. Dan aku biasanya akan memerap dalam bilik ber-youtube,twitter,baca wattpad,INTERNET ! Tapi bila mak gua panggil keluar,gua keluar ah kan. 

Perkara tu berlarutlah sampai kemalam. Tapi malam mostly aku duk gan parents tengok tv,makan depan tv,borak. Dan begitulah selanjutnya sampai masa semua nak tidur. TAPI aku biasanya akan layan YOUTUBE LAGI sebelum tidur sampailah aku terlepas handphone ditapak tangan lalu menghempas dimuka  pada jam 2-3 pagi barulah aku reti nak bukak earphoned aku dan letak handphone kat tepi bantal atau lantaklah letak mana pun. Dan perkara ni berulang lah sampai malam esok dan seterusnya  dan sampai bila aku dapat tawaran pergi sambung belajar mana mana. 

Ok dah cukup pasal rutin aku. Aku nak letak gambor. 


"Hmm you like it Katie ?"
Gambar tu daripada video Photobooth Challenge by Danisnotonfire. Yeaa kan gua dah kata hidup gua seharian dihiasi oleh youtube. Makanya ini lah kerjanya. Yang baju hitam Danisnotonfire/Dan Howell yang baju hijau AmazingPhil/Phil Lester. Jangan korang terkejut tengok muka Phil tu. Bagi aku muka dia tu cukup kelakar untuk aku gelak. Kalau korang berminat nak tengok video diorang ni,aku akan attach link at the end of this entry and you can simply click on the link. FYI,Phil(27) lagi berusia daripada Dan(22-kot-) dan diorang ni bestfriend berasal dari Manchester ekarang menetap di London berkerja di BBC Radio 1. They have british accent ok bye !!


AmazingPhil.
Danisnotonfire.
Photobooth Challenge by Danisnotonfire.


P/S : Suddenly realise that I have major crush on Phil. :)

No comments: