Monday, January 27, 2014

Wattpad.

Assalamualaikum dan hai ~!

Setahun siot aku tak tulis blog. Kemain setahun kan nak jugak buat lawak hambar akhir tahun tu kahkahkah ! Padahal baru beberapa minggu je kan tak update blog. And masa aku baca balik post terakhir aku tulis tu,aku baru perasan aku tulis masa birthday Tharwa and Louis Tomlinson muahahahahaha kemain gelak. 

Masa aku tulis entri ni,aku tengah dengar lagu Lego House - Ed Sheeran. Dan tiba tiba bertukar ke lagu Let Her Go - Passenger. Harap harap lepas ni lagu One Direction pulak kahkahkah ~! Gedik gila kan lagu apa aku dengar pun nak tulis tapi eh lantak gua ah kan gua yang tulis entri ni. Tak suka boleh close tab ni hikss. 

Berbalik pada tajuk entri aku,at this moment aku ada obsession on reading fan-fiction (fan-fic) materials. Oh lagu Passenger dah tukar ke lagu One Direction - Through The Dark. Ok sorry back to topic. Ye aku baca fan-fic and mostly pasal One Direction yeah throw things at me please. Sebelum ni aku cuma baca fan-fic cuma kat tumblr tapi sebab yang kat tumblr biasanya aku ambik stories yang pendek. Tapi lepas aku jumpa application Wattpad ni,aku dapat series stories. Yeppii !! So far,aku dah habis baca dua kot,fan-fic series daripada Wattpad. Kat Wattpad ni bukan terhad pada fan-fic je. Ada je yang buat cerita werewolf,history,paranormal,thriller,dan banyak lagi genre buku. 

Basicly Wattpad ni kira macam kau tulis cerita dan kau publish kat situ and orang baca. Kira macam e-book lah jugak. And satu benda aku suka pasal Wattpad selain cerita dia,cover buku dia ohsemmmm !! Kalaulah bookstores kat Malaysia jual buku buku yang daripada Wattpad berserta original book cover dia,menangis gua,menangis. Cover buku dia lawa kot. Terutamanya kalau One Direction punya fan-fic hahahaha nak jugak tu selitkan One Direction. Kreatif betul die-hard-fans One Direction yang buat fan-fic ni. So,aku memang suggest kalau korang nak baca e-books Wattpad ni. Not only in English,aku pernah baca beberapa karya hasil penulis Malay. One more thing,application Wattpad ni ada kat Play Store dan aku pun dah download application ni best woii !!



So sekarang aku macam tertarik nak baca The Wedding Dress Diaries ni. Macam best je macam best je. Jadi kalau korang nak baca atau start guna Wattpad boleh klik link WATTPAD.COM sekarang. Tapi sebelum tu aku nak kena habiskan buku Gabriel's Gift dengan Art Of Deception yang aku tengah baca sekarang.

 

Gabriel's Gift aku baru baca suku je kot. Sebab time aku nak baca tu aku tengah busy nak amek ujian undang undang jpj so pembacaan aku lebih pada ujian undang undang. Art Of Deception aku dah masuk bab dua. Buku ni aku pinjam daripada kawan abang aku. Daripada tahun lepas bulan sebelas. As you can see yang aku baca tu versi bahasa melayu. Bagus jugak kalau korang boleh dapat review dan beli Art of Deception ni. Sebab buku ni memang bagus kalau korang jenis yang tertanya tanya pasal WTC,Freemason,Illuminati etc.. 

Panjang gila aku menulis kali ni. Haaa oklah nak sambung baca buku. Baiii ~!!!


P/S : Nak beli buku Fixi sambungan buku Bisik,Koyak. 

No comments: