Saturday, November 30, 2013

Prank

Assalamualaikum dan hai ~!

Selama ni aku selalu prank orang. Dan aku gelak bila diorang kena prank. Aku pun selalu tengok video best pranks kat Youtube. Sebab aku suka gila tengok prank ni. 

Tapi tadi,aku pulak kena prank. Gila goyang lutut siot. Ni semua pasal si Hafiz Amran. Aku bukan tak save number phone dia,tapi dia dah tukar number baru. So,yang keluar kat caller screen sah sah lah bukan number dia. Aku pun angkat call tu. Ni dialog kitorang

Aku : Helo ?
Hafiz :Hello ? Ni Syuhadah Sharif ?
A : Aah. Siapa ni ? Nak apa ? 
H : Saya peguam. Saya nak bincang pasal kes hari tu. 
A : Haah ? *terdiam* 

Lepas aku terdiam tu,terus aku letak call tu. Aku silent phone sebab malas nak layan kalau dia call lagi. Aku ingat nak block number tu. Nasib baik si Hafiz ni cepat text kata tu number baru dia. Kalau tak memang aku tak tau pun tu dia. 

Few minutes later aku post status kat FB. Hairil boleh je gelakkan aku. Aku syak budak dua ekor tu mesti kat CC,main dota pastu si Hafiz ni datang ilham dia nak prank call aku. Lepas aku post status tu,Hafiz call balik. 

H : yang kau sampai nak lemah lutut kenapa ? Hahahahaha !!...
A : yelah gila tak goyang lutut,tetiba nak cakap pasal kes segala bagai. 
H : hahahahaha !.. Kalau aku call Mimi aku baru cakap sikit je dia dah kenal suara aku. Kau tak kenal ke suara aku ni ? 
A : memang tak ahh ! Adoi kau ni. Jahat gila !
H : hahahaha !.. Oklah aku nak cakap tu je. Hehehehehe.... Byee !

Tu lah sedikit sebanyak aku borak dengan dia. Sumpah cuak gila nakharam masa dia cakap cemtu. Mati mati aku fikir aku ada buat salah,buat contest gores dan menang ke pastu tak bagi hadiah kat orang yang menang tu dan aku amek duit diorng. Pheww ~! 



P/S : Must do something as revenge. Hehehe :)


No comments: