Monday, December 3, 2012

Sekian Lama

Assalamualaikum dan hai ~!

          Lama gila gila gila gila aku tak update entry dekat blog. Hahaha. Well you know me,forever pemalas. Padahal update entry je pun kan. Bukannya disuruh lari satu padang sampai seratus round mahupun bekerja angkat besi sembilan puluh tan. Kalau up satu entry je penat dia dah macam tu,sumpah memang tak akan ada famous amous blogger kat Bumi ni.

          Entry kali ni aku tak boleh nak jamin entry panjang ke,pendek ke,entry terakhir,kedua terakhir ke. Aku tak boleh janji. Actually aku rindu suasana blogging yang dulu. Tiap tiap hari semangat nak blogging tapi tak de idea,blogwalking sampai 3-4 pagi tak tidur. Hahaha. I missed that old days. Really. Eh,tersepiking pulak. Ok ok. Mood asal balik. Hah,lepas tu aku rasa sebab lama dah tak menulis kat blog ni,bakat menulis mengarut aku dah terendam. Terendam sama ada kat Selat Melaka atau pun dekat Laut China Selatan. Dekat sikit. Kalau kat Laut Mati ke,kat Laut Antlatik jauh sangat,ye dak ? 

          Dah masuk perenggan ke-tiga. Eh,eh,aku dah pandai buat perenggan pulakk ~! Kalau dulu tulis main bedal je sesedap rasa secubit garam lemak masin eh merepek pulak kan. Tu namanya kematangan dalam penulisan. Kot. Hahaha. Abaikan. Err. Nak tulis apa lagi eh. Masuk perenggan barulah. 

          Perenggan ke-tiga tak ada isi dan takde motif langsung. Hampehh je. Kekeke. Lagu blog aku sedih ? Memang pun. Memang aku sengaja letak lagu sedih ni. Sebab ? Sebab aku suka lagu ni ah. Hahaha mesti ada yang nak cop aku ni pathetic person kan. Woi, tak semestinya kalau aku minat lagu sedih aku ni pathetic person lahh. Lagu ni banyak kenangan actually. Nak cerita ? Tak payah lah. Buat aku sedih je nanti. Oh. Kalau korang tak suka lagu ni masa masuk blog aku,korang boleh pause je. Sebab aku pakai youtube player,so boleh pause sesuka hati kau. 

          Gambar black and white kat tepi tu gambar arwah abang saudara aku, Aidiil. Dia yang sebelah kiri sekali. Dia meninggal 4 Jun 2012. Dekat 6 bulan jugaklah. Tahun ni tahun pertama puasa takde dia. Raya takde dia.  Tahun pertama buatkan tahlil untuk dia. Sebab dia jugaklah aku down hampir seminggu. Tak sangka cepat sangat. Frankly speaking,kali terakhir aku jumpa dia sebelum dia meninggal masa kenduri kat rumah siapa entah,masa akhir tahun lepas. Dia belajar dekat Kedah so memang jarang balik. Kalau nak diikutkan,tahun ni dia tahun akhir belajar. Takpelah. 20 tahun je Allah nak dia hidup kat dunia ni. Mungkin dunia kat ni ada benda yang mungkin akan merosakkan dia. Ramai orang kata,orang baik mati muda. Dia memang baik. Dengan adik adik dia tak pernah berkira. Dengan mak ayah dia tak pernah melawan. Dengan kawan kawan dia selalu bergurau sama. Dengan saudara sepupu,selalu berborak. Memang terasa sangat bila dia takde. Mak aku,biasanya kalau pergi rumah mak lang aku ni,mesti suruh abang Aidiil ni yang buatkan. Contohnya kalau mak aku nak bawak balik ubi yang mak lang aku tanam,mesti mak aku panggil abang Aidiil ni untuk mintak tolong ambikkan ubi tu. Tapi,sekarang dah takde dah semua tu. Takde dah. 

          Hahaha. Ter-emo pulak. Tahun depan aku dah form 5. Okayy. SPM woi ~! Gila tak cuak. Mesti lah kan. Abang aku dulu SPM sampai 4A. So aku mesti beat dia kali ni. Lagipun aku dah penat asik kena bandingkan je dengan dia. Penat woi. Kakaka. Tetiba teringat time study untuk PMR dulu. Even seminggu lagi nak exam,aku sempat lagi nak main cop tiang. Setiap kali rehat je main cop tiang. Sampai ada sekali tu Esma dengan Alim pun join sekali. Hahaha. 

         Ramai kawan kawan aku masa form 3 dulu pindah sekolah. Tak ketinggalan jugak pindah kelas. Antaranya Wak Jo aka Farid Johan. Ada jugak yang pindah sekolah lain lepas tu masuk balik sekolah lama. Hahaha. macam macam. 

          Science stream. So far ok je. Even aku banyak tak lulus dalam elective subject. Salah aku jugak. Sape suruh tak study kan ? Duduk kelas sains ni actually aku gerun jugak sebab surrounding dia tak sama dengan 3M dulu. #m tu dulu budak budak dia setaraf otak aku (bolehlah) tapi kat kelas sains ni,bercampur dengan budak budak kelas pertama. Budak budak yang dapat 8A,7A masa PMR dulu. Phewww~ Very the nervous hokayyy. 

          Lastly,aku sekarang aktif gila gila gila gila gila gila bukan gigolo kat twiiter. So,kalau korang yang baca ni agak agak nak follow aku, carik @Syuhada_Sharif. Ahakkss. 

          For sure aku rasa entry kali ni panjang gila babeng ah ah. Kakaka. Gewdick gila kakaka. Next time aku up lagi entry. Tapi aku tak janji tau bila aku nak up lagi. Tau tau tau. (boleh bagi lempangan hikmat korang sedas dua)

Babai ~!!!!



@Siapa yang muntah sebab baca entry syok sendiri aku ni, aku mintak maaf. Mana yang singgah blog aku ni tapi nak drop kat shoutbox,sori ah aku tak pasang shoutbox lagi. Later later aku pasang hokayyy. 

1 comment:

peach said...

love your blog!! keep up the great work!!<3 xx peach

momomoworld.blogspot.com
or
justalittlekitten.blogspot.com.au