Tuesday, May 8, 2012

Keadaan Kami

Assalamualaikum dan hai. 

Phewww~ Lama gila ni aku tak update blog. Berkurun lama,ku rahsiakan tak update blog yang bertukar wajah ni. Sebabnya malas bercampur dengan ketiadaan masa aku nak bukak blog padahal bukak twitter boleh je dan jugak ketiadaan sumber untuk aku update blog. Sumber apa ? Sumber inspirasilah. Takkan sumber mata mata pulak. Sekarang sekolah aku tengah bizi. Sebab dah dekat nak exam mid year. Wehhh. Takuutt. Takut je tau. Studinya tak reti reti lagi. Sekarang pun dah start buat revision. Cikgu cikgu pun dah sebok sebok nak bagi bayanganlah kononnya soalan exam nanti. Baik bagi terus kertas soalan exam tu cikgu. Biarlah kami kami ni lulus semuanya. Haha. Memang taklah kan cikgu nak bagi kertas soalan exam tu macam tu je.

Sekarang ni kat kelas tu,satu waktu sebelum rehat masing masing kepala masuk air. Yela,sebelum ni masa menengah bawah,rehat pukul seploh duploh pagi. Sekarang dah masuk menengah atas,rehat pukul sebelas pagi pulak. Mau tak lapar masing masing. Nak nak kalau tak ambik sarapan pagi tu. Lagilah meroyan nak makan cecepat. Tambah tambah bila budak menengah bawah dok datang makan kat depan kelas kitorang tu. Lagilah kitorang ketaq lutut nak makan oii. Bebudak menengah bawah,makan kat tempat lain pliss. 

Paling best sekarang si Ashraf. Asyiklah ponteng kelas. Padahal dah dekat nak mid year exam. Cikgu pun ramai yang tegur dia. Dan dia dah kena panggil kat perhimpunan dah pun. Tu pun tak reti reti nak serik lagi. Kalau ye pun nak memulau wahai Ashrafnya pun,pergilah jauh sikit. Pergi kat makmal kimia ke,pergi bengkel PD ke,pergi kebun kat belakang sekolah ke. Takpun kau pergi tolong cikgu cikgu dekat blok pendidikan khas tu. Dapat pahala. Daripada kau duduk melangut dating gan Kina kat kelas 4 Ikhtisas yang tak sampai 50 meter daripada kelas kau tu. 

Lastly,sampai sini je aku mampu untuk menaip. Lain lain tunggu dalam entry lain. Kepada Nur Jalilah Hamdan,puas hati tengok blog ni ada entry baru ? Haha. Korang doakan kejayaan aku masa mid year exam nanti eh ? 


@Siapa kata budak kelas sains tulen semua baik baik. Semua nakal tahap dewa tanah. Haha :)






= D


No comments: