Wednesday, April 11, 2012

Ketua Pengawas Hensem.

Assalamualaikum dan hai ~

Lama tak aku tak tulis velog ? Eh,tetibe je tulis velog kan ? Tu typo ok. Sori sori. Aku malas nak delete walaupun senang je nak delete. Well,aku tahu aku pemalas tahap gaban. Kalau kau nak reject aku dalam list bini bini kau,silakan. Ok,kembali kepada tajuk asal. 

So,memandangkan aku ni masih menyandang gelaran budak sekolah bawah 18. Aku nak cerita pasal ketua pengawas. Hahaha. Mesti korang ada sikit pengalaman hitam berkait dengan ketua pengawas. Contohnya macam korang datang sekolah lambat. Pastu yang amek nama pagi tu pulak ketua pengawas korang. Haaa. Mesti korang kena ceramah baek punya. Tak pun kena sindir sebab datang lambat. Ataupun korang tengah hisap rokok ( bagi lelaki ) dalam tandas. Pastu ketua pengawas masuk tandas. Sah sahlah nama korang kena amekkann ? Mesti time tu korang rasa nak tenyeh je ketua pengawas tu jadikkan sambal belacan ulamkan pegaga. Hahaha. Aku pun ada jugak pengalaman kena amek nama dengan ketua pengawas...punye kroni. Hahaha. Tahun lepas aku kena amek nama gan pengawas yang tahun ni dah jadik ketua pengawas. Salah aku time tu sebab kuku panjang. Hahaha. Memang masa tu aku tak rasa apa apa melainkan aku nak tulis nama kat rekod dia pastu balik kelas je laju laju. Dia tu siap boleh kata nak tengok kuku aku. Heh,sabo jelahh.

Tapi kali ni aku nak cakap mengenai ketua pengawas hensem dari sisi seorang pelajar perempuan. Wahh. Kemain lagi ayat akukan. Yela,ketua pengawas sekolah aku tu lelaki. Hensem ? Hahaha. Bebudak sekolah aku yang baca ni dia tahulah hensem ke tidak. Ok. Selalunya,bila ada budak sekolah aku yang buat salah, terutamanya yang perempuan,mesti nak mengendeng gendeng gan ketua pengawas tu. Mentang mentang ketua pengawas tu tak garangkan,suka suka je nak manja manja. Kalau gan aku,siaplah kau. Haha. Pastu,mesti bebudak ni kata dia tu hensemlah,macholah,pandai main gitarlah,pandai main keyboardlah. Eishh. Naik muak kot aku dengar tu kadang kadang. Ada tu siaplah kekonon merajuk pasal ketua pengawas amek nama dia. Aku yang lalu kat sebelah dia pun naik jelak menyampah meluat je dengar budak tu merayu rayu segala bagai.

Oklah. Aku tahu entry aku kali ni takde isi sangat. Nanti aku buat entry saje saje lagi.

Gambar kat pokcik google. 

@ketua pengawas hensemlah sangatkan :D





= D


1 comment:

Anonymous said...

untunglah ada ketua pengawas hensem :D