Monday, March 12, 2012

Seharian

Assalamualaikum

Hari Ahad semalam,aku sekeluarga pergi ke majlis persandingan saudara kitorang... Its located kat Parit Raja,Johor... So,aku dengan family gerak dari rumah kat Melaka dalam pukul 1:40 petang... Sebenarnya kitorang gerak dari Melaka dengan tiga kereta... Tapi satu kereta lagi lambat sikit sebab pegi jemputan kat tempat lain dulu... 

Pejalanan dari Melaka ke Parit Raja ambil masa agak agak 2 jam lebih jugaklah... Naik kematu bont** aku duduk dalam kereta... Pulak tu aku kat dalam kereta dah macam ikan sardin terlebih padat dalam tin sardin... Sebab sit belakang kereta tu duduk sampai tiga orang... Nasib kereta Pesona... Kalau kereta Kelisa mau mati kejung aku dalam  tu lepas tu terus jadik ikan sardin... 

Sampai je kat rumah paklong aku,kitorang salam salam saudara semua... Lepas tu,apalagi,terus kitorang makan... Sedap woo ! Ada rendang daging... Lepas tu kitorang lepak lepak kat tempat makan... Secara tak semena mena eh ayat karangan hujan turun pulak... Nasib masa tu hujan tak lebat sangat... Tapikan,boleh pulak masa nak balik hujan lebat... So,kitorang tunggu jap sampai reda sikit baru gerak balik semua...

Secara kesimpulannya,hampir seharian aku habiskan masa dalam kereta hari ni... Nasib baik aku ni jenis yang memang suka berjalan jauh... Dan yang penting,aku tak mabuk bila jalan jauh naik kereta ni... 






@Masa dalam kereta tadi,minda aku asik mengimbas memori indah yang berlaku kebelakangan ni...





= D

No comments: