Thursday, March 15, 2012

Salah Satu Sebab

Assalamualaikum. 

Aku tengah buat laporan amali ni. Sila percaya aku sedang buat laporan amali sambil menaip entry. Haila korang ni. Aku mana boleh buat multitasking. Nak menaip sambil menulis tu kan kena pakai tangan. Tangan aku ada dua je. Lainlah kalau tangan aku ni ada sepuluh ke,seratus ke. Boleh aku buat multitasking. Silap silap bukan multitasking lagi. Moyang segala mutlitasking aku boleh buat. Well,aku break kejap daripada buat laporan amali sebab aku stress dengan buku contoh amali aku. Cam harrooomm ! Kan aku dah menyumpah. Astaghfirullah al azim. Aku tengah buat laporan amali fizik. Lepas ni laporan amali kimia,lepas tu biologi. Adehh. Sengal betol aku jadik budak sains.

 Eh,aku rasa aku menyimpang jauh dari tajuk. Okey okey. Camni sebenarnya,buku contoh amali fizik aku ni dwibahasa. Korang tahu tak apa tu dwibahasa ? Tahu ? Bagus bagus. Yang tak tahu tu sila rujuk Kamus Dewan Bahasa sekarang. Aku kata sekarang ! Emo pulak aku. Macam korang tahu,aku sekarang belajar matematik dan sains dalam Bahasa Melayu. Kira batch aku ni batch pertamalah yang belajar matematik dan sains dalam Bahasa Melayu. Beruntung gila kitorangkan ? Dulu masa pengunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran matematik dan sains pun batch aku jugak yang pertama. Batch percubaan bak kata sape tah aku dengar dia cakap. Pastu,disebabkan aku ni dah terbiasa guna English masa aku buat laporan amali dulu,sekarang aku asik tersalah tulis soalan dalam English instead of tulis soalan Bahasa Melayu kat laporan amali aku. Dahlah aku asik kena nak guna correctin liquid aka liquid paper. Stress kau tahu. Comot dah buku aku. 

Lagi satu sebab,banyak istilah sains yang aku paham dalam English,aku tak paham dalam Bahasa Melayu. Eh,korang jangan nak label aku ni spesis yang dabel stendet okey. Memang aku tak paham. Kawan kawan aku pun facing the same problem. Even kawan kawan aku yang best student. Nak rujuk kat kamus,aku ada kamus Bahasa Melayu yang bagi maksud dalam Bahasa Melayu je. Kamus English pun sama. Nak tanya kat abang aku,dulu dia guna Bahasa Melayu untuk matematik dan sains. Lagipun dia amek aliran electrical masa sekolah dulu. Memang jauh bezalah dengan aku punya aliran. So,nak tak nak,aku tulis je dalam English. Nanti baru aku mintak translation kat cikgu. Sebab aku tak berani nak main tulis je,sebab ada cikgu aku cakap,kalau buat laporan peka,ada yang salah tulis atau salah eja yang membawa kepada kelainan maksud boleh kena tolak markah peka. Aku tak sanggup wei nak buat laporan tu banyak kali. Lainlah korang semuakan spesis yang rajin gila nak mati. Kbai. !



Aku stress dan fedap gan buku contoh amali,aku donlod
lagu. Cam takde kena mengena je kan ? o_o



@Berapa hari je lagi nak masuk sekolah :)







= D

No comments: