Friday, March 16, 2012

Kesian Mereka.

Assalamualaikum

Aku baru lepas berBW tnapa aku buat satu homework pun hari ni. Padahal tinggal dua hari je lagi ni nak masuk sekolah. Tolak esok,tinggal sehari je lagi. Takpe,malam nanti aku buat kerja rumah yang penting je dulu. Yang tak berapa penting tu aku skip dulu. Hahahaha. Patut pun cikgu,kawan,mak ayah aku bising aku ni suka skip skip kerja. Eh eh,mesti korang asik dok kata eleh dia ni asik dok cakap pasal homework memanjang tapi tak buat. Hahaha. Aku yang tulis entry ni ke kau ? 

Tadi aku chat dengan Jalilah. Lama gila wei aku tak chat dengan dia. Dia tanya aku pasal homework. Homework lagi. Ok ok. Skip lain. Pastu aku ni jenis yang cepat je nak merapu meraban macam cipan. Jumpa pulak yang sekepala dengan aku macam Jalilah ni,memang cepat jelah naik nafsu merapu aku. Jalilah pun layankan je. Hahahaha. Tak cukup kat sekolah dia melayan kepala masuk air tiga suku aku ni,kat FB pun dia kena jugak. Tapi takdelah sampai over gila aku nak merapu. Just nice je bak kata orang putih. 

Dalam kalangan kawan rapat aku -Jalilah-Radzieah-Nalisa-Masita-Fara- orang yang terserlah bangang masuk air adalah aku dengan Fara. Yang lain tu ada jugak,depends on masa masa tertentu. Paling terbaru aku buat gila ialah aku mengaku aku ni hensem,macho,hotsentapstuff gagah perkasa serta maskulin. Orang yang paling mengeleng laju laju time aku mengaku tu ialah Jalilah. Kau tahu,sampai dia tak boleh nak cakap apa apa. Hanya mampu berserah,moga cahaya tiba nanti. Lagu OngBak Rindu tiba tiba. Sampailah satu hari tu,ada kelas dengan cikgu Sadiq. Dia kata sesiapa yang ada masaalah kecelaruan identiti,kena jumpa dia. Dia nak tunjukkan identiti sebenar. Jalilah,Radzieah,Nalisa,Masita beria-ia suruh aku pergi. Tapi,tak sempat jumpa cikgu Sadiq,aku punya hormon testoterone mengendur.Hormon oestrogen pulak jadik banyak. Terus aku jadik perempuan maskulin melayu terakhir sejati. 

Bila kat dalam kelas,kadang kadang lepas rehat aku dah jadik sasau. Kalau boring yang tahap dewa punya tu,lagilah teruk aku kacau orang. Kalau korang nak tahu,nakal dan degil aku kadang kadang sama taraf dengan budak lelaki. Bila dah tumbuh tanduk syaitonirojim tu,mereka mereka ni lah yang jadik mangsa aku melempiaskan nafsu syaitonirojimmm ni. But,seriyesly,aku kadang kadang kesian tengok diorang yang kena ikutkan perangai aku ni. Hahaha. Takpe,nanti hujung tahuna kau belanja korang semua pergi makan nasi goreng aku masak ye.

 




@Perkara yang paling heaven masa sekolah ialah kenangan dengan kawan kawan







= D

No comments: