Sunday, March 25, 2012

Kekangan Masa Atau Aku Yang Menghadkan Masa

Assalamualaikum 

Kebelakangan ni aku rasa macam aku hilang masa berkualiti dengan keluarga dan kawan kawan aku. Entah kenapa. Mungkin kekangan masa yang terpaksa kau penuhi dengan aktiviti sekolah,kerja rumah yang tak pernah habis,ataupun aku terlalu menghadkan masa untuk bersama mereka. Aku rasa bersalah pulak bila tengok mak aku duduk sorang sorang kat kusyen tunggu aku balik sekolah pukul 3 petang. Rasa bersalah bila tengok ayah aku tengok berita sorang sorang kalau mak aku pergi mengaji. Aku pulak kebelakangan ni asyik terperap dalam bilik siapkan homework aku yang tak pernah habis. Kalau aku buat homework kat ruang tamu mesti sepah. Sebab tu aku tak nak buat homework kat ruang tamu sebab nanti mak aku yang kena kemaskan. Taulah aku ni kan jenis yang pemalas nak kemas ruang tamu. Kalau aku buat homework aku dalam bilik sekurang kurangnya takdelah bersepah ruang tamu. Dengan abang aku,lagilah,masing masing terperap dalam bilik buat hal sendiri. Jumpa dia pun kadang kadang waktu petang. Memang susah nak tengok muka dia ni. Masa dia belajar dulu,yela,masing masing jauh nak jumpa. Dah dekat ni,dia buat hal sendiri je. 

Kawan kawan pulak,aku rasa yang paling jauh sekarang Fara. Fara kalau baca ni jangan kecik hati ye. Sememangnya aku rasa jauh dah dengan Fara. Mungkin sebab kitorang dah tak sekelas lagi. Masa rehat pun dia banyak habiskan masa tolong bebudak kiosk. Study group pun aku tengok dah berapa minggu asyik skip je. Aku rindu sangat masa kitorang kat 3M dulu. Masa tu kitorang Fara-Nalisa-Radzieah-Jalilah-Aku memang rapat sangat. Kalau sorang tak datang mesti yang lain tu semacam je. 

Memang aku terasa sangat macam semua orang mulai menyibukkan diri dengan hal masing masing. Aku faham. Aku sendiri sibuk. Tapi,aku sangat sangat rindu dengan mereka semua. Kadang kadang aku rasa nak putar balik masa. Putar ke masa aku study kat 3M dulu. Semuanya still ada masa untuk bergurau macam satu family even masa tu semua tengah study nak PMR. Aku nak putar masa aku balik ke masa abang aku belum masuk asrama. Masa tu aku ada tempat nak bergurau,bermain,cerita masalah budak budak aku. Tapi,sekarang ni,semua dah lain. Bebudak 3M dah berpecah. Bawak haluan masing masing dalam course masing masing. Nak jumpa pun dah susah. Abang aku pulak tak lama lagi dah nak kerja. Mesti dia dah jarang ada kat rumah. 

So,korang rasa aku yang menghadkan masa atau memang kekangan masa yang menyebabkan aku takda masa berkualiti dengan keluarga dan kawan kawan. ?  





@Allah je yang tahu betapa rindunya aku pada life aku sebelum form 4 ni.










= D



No comments: