Saturday, March 10, 2012

Hectic Week

Assalamualaikum

Hari ni dah sepuluh haribulan... Sapa budak sekolah anda boleh bergumbira sebab kita dah cuti sekolah... Bagi yang bukan budak sekolah,sila nangis laju laju... Bagi mereka yang waktu cutinya dipenuhi dengan aktiviti berjalan jalan,pergi bercuti bersama keluarga,berpiknik dengan kawan kawan,aku ucapkan selamat bercuti... Tapi kalau yang macam aku,jadual cuti hanya terisi dengan homework,folio dan segala yang berkaitan sekolah,aku ucapkan tahniah sebab korang semua rajin dan tabah menempuh ujian hidup dan sanggup melupakan kenikmatan cuti sekolah... Sekian perenggan pertama :)


Masuk perenggan kedua,korang nak tahu ? Masa kat sekolah semalam,punyalah sibuk... Aku sendiri tak tahu apa puncanya... Disebabkan budak budak kelas Rancangan Khas sekolah aku nak bercamping,cikgu suruh bukak dewan... So,kitorang yang duduk kat dewan ni kena bukak dewan,angkat meja... Aku sendiri pening bila tengok orang orang kat dewan tu hingar bingar... Silap haribulan,sapa yang ada darah tinggi boleh pengsan kot... Pastu masuk pulak cikgu disiplin,lagilah bising... Kalau korang nak tahu,cikgu disiplin sekolah aku tu suka menjerit... Selesai angkat meja,aku pergi cari cikgu Roslyati pulak... Semua gara gara nak tahu batch BSMM punya kedudukan... Oh ! Korang tak tahu apa tu BSMM ye ? BSMM tu Bulan Sabit Merah Malaysia previously known as Persatuan Bulan Sabit Merah... Bukan apa... Ni semua sebab kitaorang sekelas terjadik sukarelawan terpaksa a.k.a runner untuk MSSM... Ehh,ada ke terjadik sukarelawan terpaksa tu ? Hah,lantak.. Pastu masa jadik sukarelawan terpaksa tu kena pakai baju uniform lengkap pulak tu... MSSM ni akan berlangsung kat sekolah aku selama tiga hari... Sekolah aku jadi tuan rumah MSSM peringkat daerah... Lepas MSSM nanti,sekolah aku jadik tuan rumah lagi untuk Pesta Pantun pulak... Yang tu tak sure untuk peringkat apa.. Pun jugak kena jadik runner untuk Pesta Pantun tu... Ini semua akan berlaku lepas cuti sekolah ni...

Tak cukup dengan semua tu,kesibukan aku ditambah lagi dengan dateline nak submit folio sivik dan segala lab report aku yang dah lama tertangguh... Tu belum campur nota dengan latihan yang cikgu dah mintak tapi aku tak hantar lagi... Lepas tu,correction test aku pun tak siap lagi.. Cikgu dah mintak dah... Dahlah,aku dah penat nak tulis panjang panjang....









@sesekali aku dengar lagu berunsur kerohanian,tenang jiwa aku.. Rasa takde tekanan wehh !




= D



No comments: