Tuesday, March 13, 2012

Folio Sivik

Assalamualaikum

Sapa yang tengah buat homework tu ? Wahh,rajin korang ye,pagi pagi dah buat kerja rumah. Aku baru je siapkan portfolio pasal tokoh Islam. Aku dapat dua tajuk tokoh. Tu pun baru separuh jalan. Nasib ustazah aku nak yang simple mimple. Kalau dia nak yang berhias punya,memang aku tak reti tang menghias tu.

Kelas sivik minggu lepas,cikgu Sadiq ada bagi kitorang tajuk untuk folio sivik. Tajuk dia ISU DAN MASALAH SOSIAL. Hahahaha. Korang tengok tajuk macam senangkan. ? Tapi aku yang buat wei ! Dahlah kena carik artikel pasal isu sosial yang berlaku. Aku still belum jumpa lagi artikel artikel yang dia nak. Duh ! Mengada ngada betullah cikgu Sadiq ni. Nak artikellah,punca,kesan,cara pencegahan. Aku pulak,baru dapat nak buat cover depan je. Tu pun dekat sejam setengah aku design. Padahal design dia simple gila.

See,simple gilakan ? 

Lepas tu,masa dia terangkan kat kelas hari tu,dia terangkan pendek pendek je. Pastu dah. Aku pulak hari tu lambat sikit nak hadamkan apa yang dia cakap. Lagilah aku tak dapat apa point dia. Lepas kelas dia tu,aku ingat masa rehat aku nak jumpa cikgu Sadiq. Bila aku tanya kawan aku,sorang pun tak nak pergi. Katanya semua paham. Aku pun,takkanlah nak pergi jumpa dia sensorang. Segan kut. Dahlah hari tu aku agak skema,nanti tak pasal pasal dia kata aku ni budak sains skema nak mampus. Ceh ! Aku taulah dia tu dulu budak sains yang brutal. Hari esoknya pulak,ada lagi kelas dengan dia. Dia mintak buku nota sivik pulak. Aku dah cuak seh. Sebab dia punya latihan dalam buku tu,aku tulis pakai pensel je. Nak hantar ke camtu ? Mau kena sembur aku dengan dia. Dahlah tulisan aku ni sekarang makin teruk. Nanti tak pasal pasal buku aku melayang keluar kelas dia campak. Takpun dia suruh aku buat balik apa segala yang aku dah tulis. Tapi,aku tak hantar pun buku yang dia mintak. Sebabnya budak budak kelas aku cakap nak buat rujukan untuk folio tu. Alhamdulilah,dia pun bagi delay hantar buku nota. Tapi yang pasti,dia nak buku nota dengan folio tu 20.3.2012. Haaa,berapa hari lagi tu. ? Cuba korang kira. Do your maths ok. :)

Sekarang,aku belum buat apa apa lagi untuk folio dia ni. Semalam Nalisa text aku,tanya camna nak buat folio ni. Aku pun tak tahu macam mana nak jawab. Sebab aku tak buat lagi. Pastu aku kata just buat je. Sebab cikgu Sadiq tak kesah macam mana pun,asalkan kitorang hantar dan apa yang dia mintak tu ada. 

Aku nak sambung buat homework aku. Bertangguh je. Kau tahu tak lab report aku dah ada 4 yang tak siap lagi. Sebab asik bertangguh. Ada satu lab report aku tu,dah 2 minggu lebih aku rasa. Nak suruh orang buatkan memang takdelah yang willing nak buat. Okbai. !



@Penat masa cuti sekolah,lepas tu tambah penat masa naik sekolah nanti. Alhamdulilah ! Allah bagi nikmat rasa penat.



= D



2 comments:

Nalisa Rashid said...

Adah,believe it or not..kite dah siap dah wat folio sivik...he3...
jgn jeles ek...kui..kui..kui..;)
erk,tp walaupon folio dh siap,omwrk lain bnyk x siap lg..:(
lg stu,adah jgn risau pasal cover adah tu...kite pnye lg simple mimple,adah!!hehehe...peace no war!!
assalamualaikum...

Syuhada Sharif said...

@Nalisa
haha. alhamdulilah dah siap. tgklah kita punya hasil last minute ni nt. wahahaha. dey ! tk jeles pun :D