Thursday, March 15, 2012

Dislike

Assalamualaikum

Sekali lagi. Dalam sehari aku update blog sampai dua kali. Mesti korang kata aku takde kerja nak buat padahal kau tak tahu betapa banyaknya homework aku yang aku tak siapkan lagi. Aku stress wei. Nak nak masa aku buat laporan amali fizik. Kau tak tahu ke sebab apa ? Meh sini baca SEBAB dia. 

Dislike. First aku pakai perkataan ni masa aku darjah 3. Pehh ! Gila hebat tak aku ? Masa tu kau tahu tak aku telah dipaksa oleh cikgu English aku untuk fill in the blank with "LIKE" or "DISLIKE". Gila heven aku nak speaking London tetibakan. Dah dah. Aku ni cuma penterabur serta perosak English. Grammar aku cam harroomm. Abaikan. Berbalik pada DISLIKE. Aku just nak kongsikan benda yang aku dislike je sebenarnya. Ataupun benda yang aku tak suka. Jom baca apa yang aku tak suka tu 

1. Gelap atau Blackout

 

Seriyes aku cakap. Aku tak suka kalau aku tengah belajar or apa apa situation sekali pun,tiba tiba blackout. Masa tu memang aku akan menjeritlah. Gila kau tak jerit. Ape perasaan kau bila kau tengah duduk dekat tempat yang terang berderang pastu tetiba jadik gelap. Kau tak rasa ada benda yang nak mainkan kau ? Pernah sekali tu,aku ada tuisyen kat sekolah. Waktu malam pulak tu,dalam pukul 8 50 malam macam tu,tiba tiba blackout. Aku siap boleh nagis. Nasib masa tu kawan aku bawak henset dia. Boleh mintak belas kasihan dia nak sikit lampu kat henset dia tu. 

2.Rokok dan Asap Rokok kadangkala Perokok


Wei ! Kau ingat kau macho sangat ke hisap rokok ? Dah tu kau suka suka je nak hembus asap rokok kat orang sekeliling kau. Kau tahu tak rokok tu boleh memendekkan umur. Mati sia sia je kau nanti sebabkan rokok tu. Asap rokok pun sebenarnya boleh membunuh. Contoh,perokok ni duduk dekat dekat dengan orang yang ada asthma. Pastu,perokok ni hembus asap berkepul kepul berapi api macam mulut naga tengah marah. Tak ke naya orang yang ada asthma tu kena asthma attack tetibe ? Kau nak bertanggungjawab ? 

3.Lobak

 

Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak suka makan lobak. Sebenarnya banyak kot yang aku tak makan. Contoh,ikan pari,organ dalam manusia ehh bukan haiwan,ikan haruan dan banyak lagi kot. 

Dan aku rasa banyak yang aku tak suka kot. Tak naklah tulis lagi. Cukup je aku bagi tiga, Nanti tak pasal pasal kau label aku ni jenis dabel stendet tak suka tu tak suka ni. Kalau kau nak tahu lagi,aku ni kadang kadang fussy,kadang kadang tak. Tereroris tak aku ? 






@Kau ingat kau sorang je nak ada butang dislike kat FB ?





= D


No comments: