Wednesday, March 14, 2012

Cerpen Atau E-Novel ?

Assalamualaikum

Aku suka baca e-novel. Lagi lagi dari blog Kak Ilya. Kat blog beliau banyak je e-novel yang best best. Paling best e-novel Coke And Sundae. Aku ada beli novel tu. Baca entry INI kalau tak ingat. 

Masa aku form 2 dulu aku ada tulis satu cerita ni. Tapi just tulis dalam buku biasa. Cerita tu dah lama tertangguh. Sebab takde idea untuk kesinambungan dia. Cerita aku tu pasal student life. Biasalah,akukan student sekarang. Nak buat cerita pasal orang yang dah kawin beranak pinak cucu piot ape segala macam tak sesuai je. So,bila kawan kawan aku tau aku ada tulis cerita,diorang bagi moral support kat aku. Tapi lepas aku dah lama tak tulis cerita tu,rasa bersalah pulak bila diorang tanya aku pasal cerita tu. InsyaAllah,ada masa nanti aku akan cuba retype balik cerita tu,pastu aku print out bagi kat diorang sorang satu naskah. Cewah ! Naskah sangatkan. InsyaAllah. Korang doakanlah jugak,mana tau kalau aku tergerak hati nak publish dalam blog. Nanti tak pasal pasal korang baca sekalikan :)

Nanti kalau dah betul betul siap cerita aku tu,aku akan publish kat blog. Dan berkemungkinan akan disertakan gambar watak watak dalam cerita aku tu. So,sekarang aku sangat tengah buntu untuk memutuskan samada aku nak buat cerpen atau e-novel terus untuk blog aku. Kalau aku buat cerpen,aku boleh selang beberapa bulan untuk cerpen baru. Contoh,once in a month. Tapi kalau aku buat e-novel,aku tak boleh asik nak skip untuk setiap cerita/bab. Nanti tak best pulak nak bacakan. Sangat memerlukan nasihat pakar ni. 

Korang tahu tak aku menaip entry ni pukul 1:31 minit pagi ? Sadis betolkan ? Aku nak tidolah wei ! Babai..




@I think better both of it kot.. KOT yerr !





= D

No comments: