Friday, March 23, 2012

Berakhirnya MSSNM Kali Ke-38

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas aku ada cakap yang sekolah aku jadi tuah rumah untuk MSSNM. Dan kejohanan sukan tu pun dan melabuhkan tirainya petang semalam dalam pukul 6 petang. Alhamdulilah kejohanan sukan tu berjalan dengan sangat lancar walaupun ada sikit obstacles yang tak dapat dihalang seperti faktor cuaca yang hanya Allah mampu merancang. Takkan nak buat doa tolak hujan pulakkan. Mana boleh lawan ketentuan Allah. 

Sepanjang tiga hari kejohanan tu berlangsung,aku sempat jugaklah tolong tolong mana yang patut. Kata hari tu dah kena lantik jadik runner kan,kenalah tolong jugak. Aku tolong kat bahagian medal dan sijil. Aku mula mula macam tak suka jugak,but after a while,aku start enjoy dengan apa yang kena buat tu. Pasal penat,berpeluh,panas tu biasalah. Kawan kawan aku pun macam tu,tapi tak merungut pun. Satu hal yang buatkan bahagian medal dan sijil kelam kabut ialah masa sijil dan medal yang nak disampaikan tu tak ada atau tak cukup. Masa hari kedua kejohanan tu memang terasa sangat sangat ketidakcukupan medal dan sijil. Cikgu yang jadik ketua pengurusan hadiah kata,berkemungkinan ada acara yang ditambah pada saat akhir lepas medal dan sijil ditempah dan dicetak. 

Ekceli nak cerita pasal majlis penutupan kejohanan yang aku rasa sangat awesome sebab ada pancaragam live persembahan Sekolah Henry Gurney. Pancaragam tu didatangkan khas dari sekolah tu mungkin sebab Sekolah Henry Gurney ada hantar wakil kejohanan sukan kat sekolah aku. Untung wei. Bukan senang nak tengok pasukan pancaragam terbaik dari Sekolah Henry Gurney buat show. Setakat ni dah dua kali aku tengok pancaragam diorang. InsyaAllah kalau ada peluang memang aku nak tengok lagi. Persembahan diorang memang superb lah aku kata. Sangat tersusun walaupun ada satu dua movement yang terencat sikit. Walaupun nama sekolah Henry Gurney tu dikategorikan sebagai sekolah juvana,tapi budak budak yang datang sekolah aku tu,semua muka baik baik. Tak caye ? Jom tengok gambar..

Ni baru empat orang. Muka suci je suma. Nak nak yang buat peace tu.

Time ni dah nak perform. 

Aku tak tahu nak letak caption apa.
       
Aku rasa masa ni tengah acara balapan 4x100 meter kot. 

Aku rasa diorang dah betul betul ready nak perform

pic.twitter.com/0AnAe8e
Perfomance yang sangat awesome ! Yang captain dia tu dok pusing
pusing tongkat tu pun gila kentang punya laju dia pusing. 

Dan ada lagi satu persembahan yang amat ditunggu tunggu sejak dari hari pertama kejohanan ni start. Persembahan  Wira Muda (WM) SMKSR yang dilatih oleh cikgu Botak a.k.a Cikgu Sadiq.

Kesian muka diorang kena celoreng. Dah macam askar betul dah.

 

 




 Dan gambar orang yang bertanggungjawab menubuhkan WM ni,iaitu Cikgu Sadiq.

Cikgu Sadiq buat muka. 

Kalau takde cikgu Sadiq ni datang bertapa kat SMKSR lepas graduate degre dia kat UPSI nun,aku rasa memang takde lah WM dan takdelah aku ni terjadik antara peminat WM. Baru baru ni,kat FB aku ada dengar rumors kata mungkin WM ni akan dibubarkan sebab Cikgu Sadiq dah nak dapat penempatan baru. Yelah,diakan cikgu Interim. Tiga bulan je kat SMKSR. Semestinya yang sedih tu bebudak WM yang dia latih hampir sebulan lebih. Sebelum untuk MSSNM ni,untuk pelancaran minggu sivik jugak. Oh,aku nak mintak maaf kat semua yang baca entry ni,atau mungkin pemilik gambar dan pemilik wajah dalam gambar ni kalau anda tidak suka cara penulisan saya dan kepada cikgu Sadiq jugak. Manalah tahu kalau dia tu syok sendiri Google nama dia pastu dapat link blog ni dan baca segala apa yang aku tulis dalam post post lama. Tak ke naya aku nanti.? Sorry cikgu. 

Kalau korang nak tengok gambar yang lagi banyak,korang boleh pergi kat FACEBOOK MSSNM KAWASAN MERLIMAU 2012 KALI KE 38. Gambar gambar ni pun aku ambil dari situ sebab aku tak bawak 'DSLR' aku masa kejohanan. Almaklumlah,budak baik. Mana nak  mencemar duli bawak bahan terlarang pergi sekolah. 

Untuk yang nak tengok latihan WM sehari sebelum persembahan penutup,klik link YOUTUBE. Video ni berjaya dirakam oleh Fara secara senyap senyap lepas dia bertugas kat kiosk. Sangat briliant anak wak Ros ni. Tapi harap maaflah sebab 'suara' background amat memekakkan telinga. Untuk latihan terakhir WM pulak,tekan SINI





@Last but not least,aku suka semangat atlet SGH. Walaupun diorang tak menang tempat utama, semangat diorang tetap ada. Cikgu aku pun cakap macam tu. 




 = D


2 comments:

Fara Ryu-chan said...

ow.. ow.. trimass! bergune jugak video eden tu.. huhu

Syuhada Sharif said...

@Fara : alhamdulilah. manfaatkan sebaiknya.