Friday, July 15, 2011

Main Masak Masak Bersama Syuhadah

assalamualaikum~~

okayh..
nak taw takk??

hari Sunday lepas..
my big brother dapat satu buku ekslusip daripada Mr Azli Razali..

jom,kita buat salah satu daripada dessert yang Mr Azli Razali tulis kat buku

\/

\/

\/


#gambo daripada google#

saya ambil 2 resepi dari buku ni..

Resepi 1:LEMPENG KELAPA KASTARD JAGUNG

Bahan bahan A (Lempeng)

2 cawan -tepung gandum
2 setengah camca makan -serbuk penaik
1 camca teh -soda bikarbonat
1/2 camca teh -garam
2 camca makan -gula halus
2 biji -telur
1 cawan - susu segar
1 cawan -santan kelapa
1 cawan - kelapa parut[putih sahaja]
2 camca makan - minyak jagung

Bahan bahan B (Kastard Jagung)

500ml - susu segar
2 biji - telur
30 gm - tepung gandum
100 gm - gula halus
150 gm - jagung manis dalam tin

okayh..
sekarang,cara penyediaan pulakk..



CARA PENYEDIAAN KULIT LEMPENG

1.panaskan kuali leper diatas api yang sederhana dengan sedikit majerin
2.campurkan semua bahan A didalam magkuk.Kacau sehingga adunan sebati
dan tidak berketul
3.ambil sesenduk adunan lempeng kemudian tuang diatas kuali leper yang
telah dipanaskan.Terbalikkan dan masak sehingga kekuningan.
4.lapiskan lempeng ini dengan kastard jagung dan curahkan dengan madu mahupun coklat
masakan yang telah dicairkan sekiranya suka.



CARA PENYEDIAAN KASTARD
1.campurkan semua bahan B ke dalam periuk.Jerang diatas api sambil dikacau.Kacau
sehingga campuran ini menjadi pekat dan berkilat.Padamkan api dan biar sejuk..

=========================


Resepi 2:STRAWBERI PARFAIT DENGAN JELI

Bahan bahan

250 gm- keju krim
6 camca makan - jem strawberi
250 ml - krim putar
2 camca makan - gula aising
6 camca makan -yogurt asli
1/4 camca teh - warna ros
1 camca teh - esen vanilla
1 kotak - serbuk jeli segera perasa strawberi


CARA PENYEDIAAN

1.Pukul krim putar dengan gula aising sehingga kembang dan asingkan.
2.Di dalam bekas yang berlainan campurkan keju krim dengan jem dan
pukul sehingga kembang,kemudian masukkan yogurt dan dengan kelajuan
sederhana gaul campuran itu sehingga sebati
3.Masukkan adunan krim putar yang telah dipukul ke dalam adunan keju krim.
Gaul bahan bahan ini sehingga sebati.
4.Masak serbuk jeli sehingga larut.tuangkan ke dalam gelas pencuci mulut dan
biarkan ia keras.Kemudian,sudukan adunan keju diatas jeli sehingga 3/4 penuh.
Sekiranya tiada gelas pencuci mulut anda juga boleh menggunakan mangkuk
hidangan yang lain.
5.sejukkan di dalam peti sejuk dan hias dengan buah strawberi atau mengikut
kesukaan anda..

=============

kalau nak ke sumber asal resepi ni..rajin rajinlah lawat blog Mr Azli Razali ye..??
banyak lagi resepi yang ada kat situ...

byee

nota_tepi_katil:resepi ini semua dirujuk berdasarkan buku karya Azli Razali...
tiada yang ditambah,mahupun di kurangkan..

=D

No comments: