Thursday, February 13, 2014

Rutin



Assalamualaikum dan hai ~

Umum mengetahui yang aku tengah menghabiskan sisa sisa cuti menunggu result spm. So jadiknya rutin hidup aku tiap tiap hari sama je melainkan kalau aku ikut parents pegi buat medical checkup di hospital. Bukan nak merungut tapi as a person yang hidupnya dulu selalu bergerak kesana kemari masa masih belajar,aku rasa boring dengan rutin aku sekarang. Cuba kau bayangkan daripada bulan Disember lepas aku cuma duduk rumah. Ok tipulah kalau aku kata everyday aku duduk rumah tak keluar pergi memana. Ya ada. Aku pergi kelas belajar memandu. Tapi tu kategori lain (bagi aku). Entah. Aku just tak suka bila aku ada kat tempat yang aku tak biasa dan as you may know,aku ni bukanlah jenis yang senang nak buat kawan. Dahlah pemalu. Kena orang tegur dulu baru aku nak bercakap. 

Rutin hidup aku sejak habis spm dan memulakan perjuangan menanam anggur belakang rumah ni tiap pagi mesti aku bangun dalam pukul lapan ke sembilan pagi. Kalau nasib aku cukup baik,awal seawal pagi pun aku dah bangun mamai mamai. Kalau lagi nasib aku baik,aku bangun pukul tiga pagi sebab sakit perut. Tapi lepas tu tertidur balik bila menghampiri pukul lima. 

Bila gua dah betul betul bangun tu,baru aku keluar bilik.Kalau setan pemalas ada,aku check twitter dulu atas katil. Dapat twit sepam dua,RT sepam dua,baru aku bangun. Tapi kalau setan pemalas bawak geng dia,aku lepas aku check twitter,aku bukak youtube pulak. (Bagi aku) youtube ni lah punya segala kemalasan aku. Kalau boleh gua nak seharian duduk,surf youtube je.

Ok. Dah puas setan setan pemalas tu duduk dengan aku,diorang blah. Dan aku pun keluar bilik. Keluar bilik tu,first thing aku buat mesti pergi ke toilet ataupun ke dapur. Kalau ke toilet tu,gua tak mandi dulu tapi,tahu tahulah apa gua buat takkan tu pun gua nak bagi tahu. Kat dapur biasanya aku minum air tapi kalau dah ada breakfast,bedal lah sekali kan. Biasanya breakfast memang mak buat awal sebab abang aku pergi kerja bawak bekal dia sendiri. TAPI TAPI lunch aku masak dengan mak aku. Jangan korang kata aku ni brat spoilt bangun pagi dah ada orang served breakfast. Tapi terpulang ah kat korang kalau nak cakap cemtu kan. Lepas breakfast,sama ada aku join mak baca paper ataupun aku tengok tv. Tapi biasanya aku tengok tv. Tu pun kenkadang,kalau tak tengok tv,aku layan youtube dan twitter. Youtube twitter lagi !

Tengah hari,aku biasanya masak dengan mak aku. Start masak pukul 12pm habis masak pukul 1pm. Lepas masak kitorang rest,mandi sembahyang apa semua,baru lepak kat ruang tamu tengok tv. Dan aku biasanya akan memerap dalam bilik ber-youtube,twitter,baca wattpad,INTERNET ! Tapi bila mak gua panggil keluar,gua keluar ah kan. 

Perkara tu berlarutlah sampai kemalam. Tapi malam mostly aku duk gan parents tengok tv,makan depan tv,borak. Dan begitulah selanjutnya sampai masa semua nak tidur. TAPI aku biasanya akan layan YOUTUBE LAGI sebelum tidur sampailah aku terlepas handphone ditapak tangan lalu menghempas dimuka  pada jam 2-3 pagi barulah aku reti nak bukak earphoned aku dan letak handphone kat tepi bantal atau lantaklah letak mana pun. Dan perkara ni berulang lah sampai malam esok dan seterusnya  dan sampai bila aku dapat tawaran pergi sambung belajar mana mana. 

Ok dah cukup pasal rutin aku. Aku nak letak gambor. 


"Hmm you like it Katie ?"
Gambar tu daripada video Photobooth Challenge by Danisnotonfire. Yeaa kan gua dah kata hidup gua seharian dihiasi oleh youtube. Makanya ini lah kerjanya. Yang baju hitam Danisnotonfire/Dan Howell yang baju hijau AmazingPhil/Phil Lester. Jangan korang terkejut tengok muka Phil tu. Bagi aku muka dia tu cukup kelakar untuk aku gelak. Kalau korang berminat nak tengok video diorang ni,aku akan attach link at the end of this entry and you can simply click on the link. FYI,Phil(27) lagi berusia daripada Dan(22-kot-) dan diorang ni bestfriend berasal dari Manchester ekarang menetap di London berkerja di BBC Radio 1. They have british accent ok bye !!


AmazingPhil.
Danisnotonfire.
Photobooth Challenge by Danisnotonfire.


P/S : Suddenly realise that I have major crush on Phil. :)

Monday, January 27, 2014

Wattpad.

Assalamualaikum dan hai ~!

Setahun siot aku tak tulis blog. Kemain setahun kan nak jugak buat lawak hambar akhir tahun tu kahkahkah ! Padahal baru beberapa minggu je kan tak update blog. And masa aku baca balik post terakhir aku tulis tu,aku baru perasan aku tulis masa birthday Tharwa and Louis Tomlinson muahahahahaha kemain gelak. 

Masa aku tulis entri ni,aku tengah dengar lagu Lego House - Ed Sheeran. Dan tiba tiba bertukar ke lagu Let Her Go - Passenger. Harap harap lepas ni lagu One Direction pulak kahkahkah ~! Gedik gila kan lagu apa aku dengar pun nak tulis tapi eh lantak gua ah kan gua yang tulis entri ni. Tak suka boleh close tab ni hikss. 

Berbalik pada tajuk entri aku,at this moment aku ada obsession on reading fan-fiction (fan-fic) materials. Oh lagu Passenger dah tukar ke lagu One Direction - Through The Dark. Ok sorry back to topic. Ye aku baca fan-fic and mostly pasal One Direction yeah throw things at me please. Sebelum ni aku cuma baca fan-fic cuma kat tumblr tapi sebab yang kat tumblr biasanya aku ambik stories yang pendek. Tapi lepas aku jumpa application Wattpad ni,aku dapat series stories. Yeppii !! So far,aku dah habis baca dua kot,fan-fic series daripada Wattpad. Kat Wattpad ni bukan terhad pada fan-fic je. Ada je yang buat cerita werewolf,history,paranormal,thriller,dan banyak lagi genre buku. 

Basicly Wattpad ni kira macam kau tulis cerita dan kau publish kat situ and orang baca. Kira macam e-book lah jugak. And satu benda aku suka pasal Wattpad selain cerita dia,cover buku dia ohsemmmm !! Kalaulah bookstores kat Malaysia jual buku buku yang daripada Wattpad berserta original book cover dia,menangis gua,menangis. Cover buku dia lawa kot. Terutamanya kalau One Direction punya fan-fic hahahaha nak jugak tu selitkan One Direction. Kreatif betul die-hard-fans One Direction yang buat fan-fic ni. So,aku memang suggest kalau korang nak baca e-books Wattpad ni. Not only in English,aku pernah baca beberapa karya hasil penulis Malay. One more thing,application Wattpad ni ada kat Play Store dan aku pun dah download application ni best woii !!



So sekarang aku macam tertarik nak baca The Wedding Dress Diaries ni. Macam best je macam best je. Jadi kalau korang nak baca atau start guna Wattpad boleh klik link WATTPAD.COM sekarang. Tapi sebelum tu aku nak kena habiskan buku Gabriel's Gift dengan Art Of Deception yang aku tengah baca sekarang.

 

Gabriel's Gift aku baru baca suku je kot. Sebab time aku nak baca tu aku tengah busy nak amek ujian undang undang jpj so pembacaan aku lebih pada ujian undang undang. Art Of Deception aku dah masuk bab dua. Buku ni aku pinjam daripada kawan abang aku. Daripada tahun lepas bulan sebelas. As you can see yang aku baca tu versi bahasa melayu. Bagus jugak kalau korang boleh dapat review dan beli Art of Deception ni. Sebab buku ni memang bagus kalau korang jenis yang tertanya tanya pasal WTC,Freemason,Illuminati etc.. 

Panjang gila aku menulis kali ni. Haaa oklah nak sambung baca buku. Baiii ~!!!


P/S : Nak beli buku Fixi sambungan buku Bisik,Koyak. 

Tuesday, December 24, 2013

Mimpi.

Assalamualaikum dan hai ~!

Lama aku tak tulis entry. Cuba engkorang tengok tarikh last aku update blog. 1 December 2013. Okay,sekarang kira,jawapan simpan dalam otak korang. 

Hari tu aku mimpi. Takde lah haritu sangat,dalam dua ke tiga hari lepas. Aku mimpi aku kena kahwin. Tapi yang peliknya aku tak tahu siapa suami aku tapi aku kenal family suami aku. Family dia tu ramai siblings lelaki. And guess what,siblings dia pun tak tahu mak diorang pinangkan aku untuk siapa. Hahahahaha lawak gila mimpi aku. Adik dia yang lelaki tu siap boleh main teka teki siapa yang kawin gan aku. Dialog pun macam haram kelakar dia. Hahahaha. 

Habis cerita pasal mimpi. Ni,engkorang dah dengar belum lagu lagu dari album baru One Direction,Midnight Memories ? Kalau belum sila silakan diri korang untuk pergi dengar sebab album terbaru diorang ni lagi fresh and mature dari lagu lagu dalam album dulu. Deluxe track dia tak silap aku ada 18 lagu. Aku suggest korang tengok,dengar yang deluxe track punya sebab ada extra 4 lagu compared album yang biasa ada 14 lagu je. For me,my favourite track in this album is Through The Dark,Half A Heart,Midnight Memories,Strong,Happily ehhh,semualah senang takpayah nak pilih mana satu aku paling suka. Pergi dengar lagu diorang right after korang baca entry aku ni. Faham ?

Hahaha thats all. Cerita mimpi aku tu memang tak boleh blah. Harap kawin gan orang lain,mimpi orang lain hahahahahaha ~! Trivia : aku pernah mimpi jumpa Ally Iskandar waktu dia belum kahwin and he looked soooo charming ok baii ~!



P /S : Aku kena pergi ujian memandu Khamis ni. Fairuz pun dalam proses nak ambik lesen. Pray for us. :)